Ahad, 1 November 2009

Huraian Falsafah Pendidikan Khas

  • Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas
  • Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.
  • Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.
  • Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).
  • Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.
  • Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).
  • Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
  • Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.
  • Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.
  • Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka.
  • Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.
  • Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).
  • Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain.
  • Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.
  • Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.
  • Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja.
  • Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri.
  • Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.
  • Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.
  • Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM.
  • Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).
  • Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.
  • Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK.
  • Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha ynag berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran , berhaluan, berupaya , beriman, berdikari, berkemampuan merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk individu dengan keperluan khas
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada individu dengan keperluan khas.
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi diri murid-murid.
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan terkini.
  • Memastikan tenaga pengajar mencukupi dan terlatih